Wednesday, May 25, 2011

Baju Arrow Seluar Amco

Baru lepas merarau (makan tengahari) bersama kawan-kawan sebaya di pejabat. Topik hari ini trend pakaian zaman 70-an. Seingat saya trend pakaian di zaman itu agak lama juga bertahan sehingga berulang kembali ke zaman sekarang dalam mode yang berbeza.

Masih ku ingat di tahun 1976 hingga 1979 baju kemeja dan jeans amat popular. Hanya beberapa jenama sahaja yang menyerlah, maklum saja zaman dulu semuanya diimport. Paling lekeh pun diimport dari Hong Kong. Kalau tidak, jeans mesti ada 'Made in USA' atau 'Arrow' - One Piece Collar Shirt 'Made in USA'. Harga sehelai jeans biasanya sekitar RM60 dan baju Arrow sekitar RM35-50. Beberapa jenama jeans terkenal hanyalah Amco, Lee, Levi's, Madrid, Texan, Wrangler, Peter & Jeannie dan yang agak lama Saddle King (jeans budak-budak kononnya). Nilai jeans Amco waktu tu amatlah berharga hinggakan boleh digadai kat kedai pajak. Kalau yang tinggal berhampiran sempadan Thai-Malaysia mungkin biasa dengan 'Mc' jeans. Kalau ke pekan-pekan dekat sempadan banyak jenama yang tak pernah didengar... semuanya Made in Thailand. Waktu ini Mao Tze Tong belum pandai nak export jeans lagi sebab mereka semua pakai baju yang sama setiap hari.

Baju yang terkenal mungkin Arrow, Manhattan, Van Heusen atau Le Man. Designer labels macam YSL, Pierre Cardin terlalu asing lagi bagi rakyat Malaysia. Kalau dijual jeans Calvin Klein waktu itu mungkin mereka anggap Jeans pondan je... tak macam Cowboy pakai.

Kami budak2 jantan hostel ni memang berangan sangatlah nak merasa pakai branded items macam ni tapi biasiswa RM25 sebulan manalah nak tersangkut benda-benda macam ni... kalau anak-anak cikgu atau kerani tu adalah juga merasa walaupun sehelai saja. Kalau dah dapat pakai tu kemeja tak 'tuck in' sebab sengaja nak tayang brand 'Arrow' kat shirt tail, lengan mesti lipat lebar 1 inci je. Kalau pakai lengan pendek, lengan baju dilipat sikit macam trend zaman 50-an pulak.... ya lah... zaman kan berulang-ulang? Rambut kalau pendek gonjeng dah dikata askar rekrut pulak... jadi rambut panjang belah tengah tu baru boleh masuk masyarakat... kalau tidak nanti digelar budak toye... (square).

Kalau zaman sebelum 80-an memang bell bottom atau yang lebih rugged sikit pakai boot cut. Istilah jeans tak biasa disebut tetapi lebih biasa 'Dungaree' atau disebut Denggree... yang lainnya ada juga Cotton Twill dan Corduroy. Ini di zaman sebelum generasi Rock Kapak lagi. Zaman 80-an barulah kaki seluar dah mula kecut jadi 18 inci. Sebelum tu 24 inci ke atas je beb... Siapa yang pakai seluar tempah atau slacks tu dah kira taraf 'peon'(office boy) atau kerani pakai kasut tumit tinggi 2 inci. Macam dalam filem 'Si Badul' tu... Tak diterima masyarakat...

Waktu itu T-shirt round neck kurang popular sangat kecuali T-shirt free rumah sukan, kelab atau pasukan Belia 4B je dan yang paling high class 'Fruit of The Loom'... kalau pakai T-shirt berkolar cuma Bond's Grand Slam - Made in Australia saja yang masuk gang. T-shirt round neck yang popular cuma jersey Adidas,Puma dan Admiral saja. Harganya RM30-50 sehelai walaupun gaji kerani waktu itu cuma RM300. Kalau anak-anak cikgu dan kerani atau pegawai, ketua kampung pakat posing ramai-ramai kat corridor pakai baju Adidas, kasut Adidas, seluar Lee. Yang kurang berada ni tak merasalah semua tu...

Kemeja Arrow cuma ada saiz 14, 15, 16 ke atas je... tapi saiz badan kami rata-rata baru saiz 8-12 je... boleh bayangkan lah masing-masing macam pakai kelambu berjalan... jeans pun paling kecil saiz 27 tapi yang pakainya baru saiz 22... talipinggang memang wajib pakai sampai habis lubang ditebuk sendiri... kalau tak pakai jawabnya terlucut terus sampai ke tumit...

Zaman itu kalau yang berduit tu adalah yang pakai sneakers.... zaman dulu kita panggil 'Track Shoes'. Yang paling popular Adidas lah... yang lain tu cuma ada Puma. Nike ke, Asics ke, Reebok ke masih alien lagi... Yang masih ingat ada Adidas Stan Smith, Americana, Hawaii, Wimbledon, Arthur Ashe, Puma Las Palmas lepas tu macam-macam lagi lah... harga dia mesti RM60 ke atas lah... kira mahal sangatlah tu. Kedai yang popular masa tu Naha Store dekat tepi jambatan Sungai Gombak mengadap Masjid Jamek atau dulu kita panggil Benteng (yang asal). Kalau GS Gill kira susah nak tawar-menawar... Tahun 1976 Pertama Complex baru siap je sebab Campbell Complex baru lepas terbakar... sebelum tu ada Robinsons di tapak bangunan CIMB dekat stesen LRT Masjid Jamek. Tapi Robinsons tu kira orang kaya je pergi... lepas tu terus tutup.

Kalau footballers beli boots selalunya Adidas La Plata, Inter, Backenbauer... tapi hutang potong biasiswa RM10 sebulan... harganya RM60... kalau La Plata murah sikit. Kasut Adidas, tracksuit Adidas semuanya Made in Germany... tapi bila pergi Germany sekarang nak beli Adidas original dah susah nak jumpa... semua franchise. Kalau siapa yang pakai track bottom tu dah kira banyak duit pasal yang lain semua seluar pendek je... sinar Islam waktu tu belum cukup menyinar lagi... maklum saja form 3 masih pakai seluar pendek walaupun kaki macam Gorilla.

2 comments:

MAJEZAN said...

i WEAR amco TO SCHOOL IN 1974.As a bank bumi sponsored student,I earned RM150 a month and a piece of AMCO was around 56.Really great momment.

Unknown said...

Dear Admin,
I scan your website, its extremely impressive, I love it.
Tracking the evolution of a classic isn't easy. A staple as familiar as the motorcycle boot has just always been there-hasn't it? Did it spring, fully-armored, from the head of the creator of the motorcycle.Motorcykel støvler
Best Regards
Gloria young