Laluan harianku menghantar anak ke sekolah pagi ini terganggu. Anakku sepatutnya menduduki SPM kertas Matematik pada jam 8.00 pagi. Hampir 40 minit kami merangkak hanya untuk melepasi simpang turun ke SKVE dan LDP. Terpaksa 'floor the accelerator' pagi ini dan berjaya sampai ke sekolah anak 3 minit sebelum SPM brmula.
Puncanya hanya sebuah Mercedes yang dibiarkan di tepi jalan tanpa dirapatkan ke bahu jalan dan sepatutnya sudah lama diangkut oleh tow truck. Pemandunya hilang entah ke mana... dah mati ke? Takkanlah tak mampu panggil tow truck, atau terlalu kedekut hingga nak pergi panggil personal mechanic? Typical orang Malaysia.
Adakah pemandunya sudah mati atau otaknya yang mati? Apa salahnya kalau kereta dirapatkan ke bahu jalan atau lazimnya dilakukan oleh pemandu lain ialah memanggil tow truck dan tidak lagi menyusahkan orang lain.
Kalau nak pandu Mercedes sepatutnya minda setaraf Mercedes. Setidak-tidaknya orang yang bawa Kancil jauh lebih cerdik dari pemandu Mercedes ini agaknya. Polis Trafik pula cuma mengambil alih tugas traffic light yang nampaknya tak berapa perlu, kerana 90% kereta tidak melalui traffic light berkenaan. Ini minda apa pulak agaknya?
No comments:
Post a Comment